fbpx

Kes dibunuh penyewa rumah, kertas siasatan akan diserah ke TPR

Gombak: Polis melengkapkan kertas siasatan wanita warga emas yang ditemukan mati ditikam di dalam keretanya di Taman Ehsan Kepong, di sini, Khamis lalu akibat isu sewa rumah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, sebaik kertas siasatan dilengkapkan, ia akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Lapan suspek yang ditahan juga masih dalam tahanan reman,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan penahanan lapan individu susulan kematian wanita warga emas itu.

Orang awam di lokasi menemukan mangsa dalam keadaan berdarah di dalam kereta sebelum menghubungi polis.

Kejadian dipercayai berlaku akibat perselisihan faham berkaitan sewa rumah.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts