fbpx

Penemuan mayat bayi diklasifikasi kes bunuh

PDRM's logo (photo for archive ) AZHAR MAHFOF/The Star

BAYAN LEPAS: Polis mengklasifikasikan penemuan mayat bayi perempuan yang terdampar dipercayai hanyut dibawa arus di pesisiran pantai Persiaran Bayan Indah berhampiran pusat beli-belah Queensbay di sini, semalam sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata ia susulan hasil bedah siasat dijalankan ke atas bayi itu di Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini, yang mendapati punca kematian disebabkan kecederaan pada leher akibat dikelar (incised wound to the neck).

“Selepas mendapat keputusan hasil bedah siasat, ia diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan C Jivendran Muthuliyar di talian 019-346 9718 bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan mengenai penemuan mayat bayi terbabit terbabit oleh orang awam yang beriadah di tepi pantai berkenaan.

Mayat itu ditemukan terdampar di atas batu sebelum orang awam memaklumkan kejadian kepada pihak polis pada jam 5.55 petang.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts