fbpx

Penipuan RM11 juta: Pengarah syarikat ditahan

Alor Setar: Seorang pengarah syarikat ditahan di sini, petang semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pelaburan berjumlah lebih RM11 juta sejak beberapa tahun lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kira-kira jam 4.30 petang.

“Individu terbabit adalah pengarah sebuah syarikat pelaburan yang dikatakan memiliki sembilan cawangan antaranya di Perlis, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak dan Melaka.

“Modus operandi syarikat itu adalah melalui pelaburan berasaskan pembangunan hartanah serta aset dan pengurusan liabiliti dengan mereka mendakwa memiliki 10 projek yang dijalankan syarikat berkenaan.

“Bagaimanapun semakan mendapati syarikat itu tidak memiliki sebarang kebenaran atau kelulusan dari Bank Negara Malaysia (BNM),” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Syed Basri berkata, siasatan kini masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

Media sebelum ini melaporkan seramai 80 mangsa penipuan skim pelaburan menggesa supaya pihak polis mengambil tindakan segera terhadap sebuah syarikat pelaburan di negeri ini kerana memperdaya dan menyebabkan mereka mengalami kerugian lebih RM11 juta.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts