fbpx

Dua saksi dakwa nampak Zayn Rayyan di tingkat 2 dan 3 Blok R petang mangsa dilapor hilang

PETALING JAYA: Polis mendapat maklumat baharu daripada dua saksi yang mendakwa terlihat Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, di tingkat dua dan tiga di Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai dekat sini pada petang mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, petunjuk baharu itu berdasarkan operasi  mencari bukti secara besar-besaran membabitkan penduduk Apartment Idaman di sini sejak 8 Disember lalu. 

Katanya, saksi itu melibatkan dua kanak-kanak yang mendakwa terlihat mangsa berada di tingkat dua dan tingkat tiga di Blok R. 

“Kita juga telah mengambil 10 lagi sampel DNA menjadikan jumlah terkini sebanyak 238 sampel.

“Seramai 86 keterangan telah diambil pihak polis setakat ini dan masih ada lagi keterangan akan dipanggil,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Semalam, Hussein mengesahkan pihaknya menemukan sehelai stokin dalam takungan air berdekatan sungai di lokasi kejadian selepas disedut hasil bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

Terdahulu, tinjauan Utusan Malaysia di lokasi kejadian mendapati polis sedang mempergiatkan pencarian bukti apabila Unit Forensik tiba di lokasi kejadian pada 11.30 pagi.

Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts