fbpx

5 strategi hadapi peningkatan kes Covid-19

Putrajaya: Sebanyak 20,696 kes baharu Covid-19 direkodkan sepanjang Minggu Epidemiologi 50 (10-16 Dis 2023).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, Malaysia kini sedang menghadapi peningkatan kes Covid-19 mendadak, namun keadaan masih terkawal.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap situasi ini dapat ditangani tanpa perlu mengulangi sekatan seperti Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagi menghadapi lonjakan kes Covid-19 ketika ini, KKM telah memperkukuhkan Pelan Pengurusan Covid-19 melalui lima strategi utama,” katanya.

Strategi pertama adalah pengesanan awal kes Covid-19 dan varian SARS-CoV-2 manakala strategi kedua adalah pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS iaitu Test, Report, Isolate, Inform, dan Seek).

Sementara itu, strategi ketiga adalah pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes Covid-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi dan strategi keempat adalah pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan.

Katanya, strategi kelima adalah pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera.

Berita lanjut meyusul

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts