fbpx

Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

KOTA BHARU: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, JKM juga telah diperuntukan sebanyak RM3 juta, untuk pembelian makanan teknologi retort untuk kegunaan makanan mangsa banjir dalam tempoh 24 jam.

“Selain itu, sebanyak 5,167 pegawai dan kakitangan sedia digerakkan pada bila-bila masa dengan dibantu 157 kaunselor dan 864 pasukan sokongan psikologi (PST).

“Bagi melancarkan pengoperasian di PPS, seramai 8,543 sukarelawan JKM juga sedia untuk digerakkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Depoh Simpanan Keperluan Bencana Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) dekat Pengkalan Chepa, di sini, pada Isnin.

Nancy berkata, bagi pengoperasian di PPS, sebanyak 47,635 collpasible tent disediakan untuk memberikan keselesaan kepada mangsa bencana melibatkan 8,481 PPS yang dikenal pasti seluruh negara, yang mampu menampung sebanyak 2.15 juta penduduk pada satu-satu masa.

“Sehingga kini, JKM mempunyai lapan buah depoh, 137 stor di daerah, 60 mini depoh kontena dan 580 pangkalan hadapan, yang menempatkan keperluan asas mangsa bencana,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan segelintir mangsa banjir yang berdaftar di PPS, Nancy berkata, perkara itu akan diserahkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) untuk tindakan selanjutnya.

“Perkara ini melibatkan beberapa agensi di bawah PKOB dan pastinya mereka lebih mengetahui mengenai situasi semasa banjir di kawasan yang terjadi.

“Oleh itu, kita harap juga ketua masyarakat memainkan peranan penting untuk membantu agensi kerajaan dan negeri untuk mengemukakan laporan yang benar dan sahih mengenai mangsa banjir,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews