fbpx

Tak wajib, hanya galak pakai pelitup muka dalam pengangkutan awam – Loke

Although the facemask ruling for public transport is off but many people people are still using it while some are more relax and opted not to put them on during a check on MRT during peek hours from Sungai Buloh to KLCC on Thursday morning. — RAJA FAISAL HISHAN/The Star

KUALA LUMPUR: Meskipun pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan dalam pengangkutan awam buat masa ini, orang ramai digalakkan memakainya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka digalakkan semasa orang ramai berada dalam mana-mana pengangkutan awam berikutan peningkatan kes baharu COVID-19 yang dilaporkan kebelakangan ini di seluruh negara.

“Sebarang dasar atau peraturan berkenaan pemakaian pelitup muka ini hanya boleh ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Kementerian Pengangkutan tidak akan menetapkan dasar kita sendiri.

“Setakat ini, tidak ada kewajipan, kita hanya menggalakkan. Jadi, terpulang kepada penumpang atau orang ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjasama dan Pertukaran Serantau Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu China (ChongQing)-Malaysia, di sini hari ini.

Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata keadaan semasa kes COVID-19 di Malaysia masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada susulan pengukuhan Pelan Pengurusan COVID-19 KKM.

Justeru, kerajaan juga tidak bercadang mengulangi sekatan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meskipun berlaku peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Kes COVID-19 yang dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-50, iaitu dari 10 hingga 16 Dis adalah 20,696 kes, iaitu peningkatan 62.2 peratus berbanding 12,757 kes pada ME49.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts