fbpx

Pekerja kilang didakwa bunuh ibu saudara

GEORGETOWN: Pekerja kilang didakwa hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah premis di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth, Selasa lalu.

Prosiding kes terhadap Ong Kok Bu, 29, itu dijalankan di Hospital Pulau Pinang di sini, berikutan dia sedang menerima rawatan di hospital berkenaan akibat patah kaki.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin @ Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Lee Yen Suan, 42, di hadapan sebuah premis di Jalan Taman Sin Tat, Butterworth, pada jam 10.55 pagi.

Pertuduhan terhadap tertuduh dikemuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian menetapkan 25 Mac depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Media sebelum ini melaporkan wanita yang maut ditetak dengan parang di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda di sini, yang juga ibu saudara kepada suspek.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews