fbpx

Pemilik taska haram didenda RM4,000

© Jeremy Jensen Photography

Melaka: Pemilik sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, tadi, kerana tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak 2018.

Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizah Omar, 50, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Nabilah turut memerintahkan Azizah dipenjara tambahan tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan, namun tertuduh membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati menguruskan taska di Taman Bertam Perdana, Melaka Tengah, di sini, tanpa kelulusan JKM.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Taska 1984 (Akta 308) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 6(2) akta sama, yang membawa hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pasukan penyiasat JKM menjalankan pemeriksaan dan siasatan terhadap taska berkenaan yang menempatkan 24 kanak-kanak.

Siasatan dan pemeriksaan turut dilakukan terhadap rekod berkaitan pengoperasian taska termasuk keadaan persekitaran luar dan dalam premis serta peralatan dan kemudahannya.

Pegawai Pendakwa JKM, Noraswana Selamat dan Noorhayati Zaman menjalankan pendakwaan manakala OKS diwakili peguam Mohd Farid Abdul Aziz.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts