fbpx

Syarikat tipu pakej umrah ada 35 laporan polis

Kuala Lumpur: Polis menerima 35 laporan berkaitan kes penipuan umrah membabitkan sebuah syarikat agensi pelancongan dengan kerugian direkodkan lebih RM1 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, laporan diterima di Perak, Kuala Lumpur, Selangor, Sabah, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kita buka enam kertas siasatan membabitkan syarikat berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana melakukan penipuan.

“Semua kes yang dilaporkan ini membabitkan bayaran daripada mangsa ke akaun bank milik syarikat berkenaan. Buat masa ini, belum ada tangkapan dibuat dan kes terbabit masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ramli berkata, pihaknya juga ada membuka kertas siasatan kes berkaitan umrah terhadap syarikat sama pada 2018 dan 2019.

“Dalam kes berkenaan, mangsa membuat pembayaran ke dalam akaun bank peribadi ejen yang tidak menyerahkan wang itu kepada syarikat terbabit.

“Bagi kes itu, sudah ada tangkapan dan pertuduhan dibuat,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan hasrat empat sekeluarga untuk menunaikan umrah buat pertama kali tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat agensi pelancongan yang menyebabkan kerugian lebih RM47,000.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts