fbpx

Ibu disyaki tikam anak kerana enggan buat kerja rumah

Gombak: Hanya kerana anak tidak mahu buat kerja rumah, seorang ibu ‘hilang sabar’ sehingga dipercayai tergamak mencederakan anak lelakinya dengan pisau dalam kejadian pertengkaran di Kampung Changkat Gombak di sini, pada Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mangsa berusia 12 tahun cedera di tangan dan kaki melarikan diri sebelum diselamatkan jiran yang menghubungi polis.

Sumber berkata, sepasukan anggota unit peronda (MPV) dihantar ke lokasi kejadian dan memeriksa keadaan kanak-kanak terbabit.

“Mangsa mendakwa ditikam ibunya dengan pisau semasa di rumah sebelum lari menyelamatkan diri.

“Anggota kemudian ke lokasi kejadian dan menemui wanita terbabit yang juga ibu mangsa.

“Ibu mangsa mengakui mencederakan anaknya itu kerana marah enggan membuat kerja rumah.

“Polis menahan wanita terbabit selain turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan wanita terbabit kira-kira jam 1 pagi, Sabtu lalu.

“Soal siasat awal, wanita itu mengaku memarahi anaknya kerana tidak bantu membuat kerja rumah.

“Dalam pertengkaran itu, pisau sayur yang dipegang terkena anak menyebabkan cedera di tangan dan kaki.

“Mangsa dihantar untuk rawatan dan mendapat antara empat hingga lima jahitan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber; Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts