fbpx

Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 14 Januari – MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga 14 Januari depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, amaran tersebut melibatkan dua buah negeri iaitu Pahang dan Johor.

Di Pahang, ia melibatkan satu daerah iaitu Rompin, manakala Johor merangkumi daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan terhadap dua negeri tersebut.

Ia melibatkan daerah Pekan di Pahang, manakala enam daerah di Johor merangkumi Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada yang berkuat kuasa hari ini melibatkan beberapa kawasan di Sarawak seperti Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei dan Mukah.

“Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

“Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts