fbpx

Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan melalui Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penambahan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk memenuhi permintaan tinggi sempena Tahun Baharu Cina.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, inisiatif ini diharapkan dapat memberikan kemudahan kepada penumpang yang ingin pulang ke kampung halaman.

Menurut beliau, terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral – Ipoh – KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.

Kata Anthony juga, bagi laluan KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral pula, dua perkhidmatan tambahan sehari juga akan disediakan dari 7 Februari hingga 10 Mac 2024.

Dalam pada itu, tegas beliau, penambahbaikan yang turut dilakukan KTMB ialah merangkumi tren ekspres yang bakal mempercepat perjalanan pengguna

“Dua daripada empat perkhidmatan tambahan KL Sentral – Ipoh – KL Sentral akan mempercepatkan masa perjalanan kepada dua jam berbanding 2 jam 40 minit seperti biasa.

“Tren ini hanya akan berhenti di tiga stesen iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur dan Ipoh,” tambah beliau dalam sidang media pengumuman khas sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina 2024, di sini, hari ini.

Menurutnya, lagi jumlah tiket tambahan yang ditawarkan sepanjang Tahun Baharu Cina dan cuti sekolah pula adalah sebanyak 29,526.

“Sementara itu, bagi 32 perkhidmatan ETS sedia ada, jumlah tiket yang ditawarkan adalah sebanyak 10,180 sehari.

“Tiket untuk perkhidmatan tambahan akan mula dijual kepada orang ramai pada 15 Januari 2024, jam 12 tengah hari,” kata beliau lagi. Menteri Pengangkutan itu juga menjelaskan, kesemua inisiatif ini bertujuan untuk memastikan keselesaan dan keselamatan penumpang serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam semasa musim perayaan.

“Bagi memudahkan urusan, penumpang juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka dan tiba awal di stesen untuk urusan dokumentasi di pintu masuk.

“Pembelian tiket boleh dilakukan melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau kiosk-kiosk tiket di semua stesen utama KTMB,” tambahnya lagi.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts