fbpx

7 garis panduan baharu perlindungan data peribadi bakal dibangunkan

PUTRAJAYA: Tujuh garis panduan baharu berkaitan perlindungan data peribadi, akan dibangunkan bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (Akta 709), selaras keperluan dalam era digital, inovasi dan teknologi kini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo, berkata garis panduan terbabit akan dibangunkan dengan kerjasama Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi (PDP) dan syarikat bawah Kementerian Kewangan, Futurise Sdn Bhd (Futurise).

Ia membabitkan Garis Panduan Notifikasi Ketirisan Data Peribadi, Garis Panduan Pegawai Perlindungan Data, dan Garis Panduan Hak Mudah Alih Data.

Selain itu, Garis Panduan Mekanisme dan Pelaksanaan, Garis Panduan Penilaian Impak Perlindungan Data, Garis Panduan Mereka Bentuk Berdasarkan Privasi, serta Garis Panduan Pembuatan Keputusan Individu Secara Automatik dan Pemprofilan.

“Selaras pindaan (Akta 709) yang dicadangkan, terdapat keperluan untuk memantapkan pelaksanaan pindaan akta berkenaan dan untuk tujuan itu, Pesuruhjaya PDP mengadakan pertemuan dengan Futurise selaku peneraju inisiatif Medan Uji Regulatori Negara.

“Susulan beberapa pertemuan serta perbincangan, Pesuruhjaya PDP dan Futurise bersetuju untuk bekerjasama membangunkan beberapa garis panduan baharu serta menambah baik Standard Perlindungan Data Peribadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Pesuruhjaya PDP dengan Futurise, di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts