fbpx

Lima termasuk suami isteri didakwa menipu

© Jeremy Jensen Photography

Port Dickson: Suami isteri antara lima individu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menipu dengan menawarkan pinjaman wang tidak wujud secara dalam talian, tahun lalu.

Tertuduh, Lee Jia Re, 23; Jason Lee Lian Sheng, 25; Jass Lee Ying Xing,19; dan suami isteri Kamarul Nazrin Kamarulzaman, 29, serta Amiratul Najihah Abdul Malik, 21, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama menipu dengan memperdaya seorang lelaki hingga dia membayar sejumlah RM3,897 ke dalam satu akaun bank bagi urusan mendapatkan pinjaman wang secara dalam talian.

Perbuatan itu dilakukan pada 11 November tahun lalu di sebuah resort di sini, dengan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nadia Ezzati Mohd Zainal, manakala semua tertuduh diwakili peguam Alvin Tan Keng Yi.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 20 Februari.

Polis menahan semua tertuduh pada 20 Disember 2023 melalui Op Seagull di sebuah premis di Bandar Sri Sendayan, Seremban, dengan siasatan mendapati sindiket menawarkan pinjaman tidak wujud yang menyasarkan rakyat Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts