fbpx

Wanita maut ketika jalani latihan menyelam

ALOR SETAR: Seorang wanita meninggal dunia dipercayai lemas sewaktu menjalani latihan menyelam di perairan Pulau Payar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mangsa berusia 43 tahun dan beralamat di Kajang, Selangor.

“Pada jam 2 petang semalam, petugas Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan kepada Balai Polis Langgar berhubung kematian wanita terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari Jeti Kuala Kedah ke HSB.

“Berdasarkan siasatan, mangsa ketika itu sedang menjalani latihan menyelam bersama sebuah syarikat berlesen tempatan di perairan Pulau Payar sebelum dia dipercayai lemas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Ahmad Shukri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts