fbpx

Kerajaan jamin bonus lebih baik untuk warga Kastam – PM

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Pra Majlis Ekonomi Bumiputera di Pejabat Perdana Menteri, 22 Januari, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan diberikan kadar bonus lebih baik tahun ini susulan prestasi kutipan cukai direkodkan jabatan itu.

Menurutnya, JKDM merekodkan pencapaian kutipan cukai melebihi sasaran ditetapkan tahun lalu dan ia satu pencapaian membanggakan.

“Saya hargai dan menaruh keyakinan sebab itu saya boleh beri jaminan bonus tahun ini lebih baik dari sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-42, di sini hari ini.

Tahun lalu, JKDM mencapai kutipan hasil sebanyak RM55.1 bilion melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion atau tiga peratus.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, selain jaminan kadar bonus lebih baik, kerajaan juga akan memberi fokus terhadap menaik taraf perumahan bagi kakitangan JKDM.

Menurutnya, kerajaan turut mengumumkan tambahan peruntukan awal bagi menambah baik perumahan JKDM daripada RM20 juta sebelum ini kepada RM50 juta.

“Peruntukan itu bagi memastikan perumahan buat kakitangan JKDM tidak lagi daif dan uzur selain kerajaan akan terus berusaha untuk membina perumahan baharu buat mereka.

“Sebab itu bagi polis, tentera, Maritim Malaysia dan JKDM, kita akan beri keutamaan kepada perumahan pada tahun 2024 ini. Saya minta ini disegerakan, tidak ikut prosedur tender biasa.

“Perkara ini terpaksa ikut tender kerana kalau ada rundingan, rundingan ini kadangkala ada 10 peratus, 20 peratus itu bocor ke tempat lain,” katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan menyediakan peruntukan RM2 bilion tahun ini bagi memperbaiki perumahan penjawat awam termasuk JKDM.

Pada masa sama, Anwar yakin sasaran kutipan RM56 bilion pada tahun ini akan dicapai dengan semangat luar biasa dan prestasi kutipan dipamerkan JKDM tahun lalu.

“Saya rasa lebih yakin dengan pimpinan di Kastam dan pasukan yang punya komitmen bahawa kita dapat bersama-sama bukan sahaja kumpul dana lebih baik tapi banteras penyeludupan yang merosakkan negara,” katanya.

Sumber: Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts