fbpx

Bella: Suspek utama dibawa ke mahkamah

BATU PAHAT:  Seorang lelaki yang merupakan suspek utama kes bunuh seorang ibu tunggal, Mira Sharmila Samsusah, 32, dibawa dengan kawalan ketat polis ke Mahkamah Majistret, di sini pagi ini.

Dia yang dibawa dengan kenderaan polis tiba di mahkamah pada pukul 8.18 pagi mengenakan baju berwarna hijau muda sambil diiringi pasukan Bahagian Siasatan Khas (D9) Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. 

Dia akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan membunuh.

Turut hadir di pekarangan mahkamah kira-kira 50 orang waris mangsa yang lebih dikenali sebagai Bella.

Sumber; Utusan

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts