KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan luruan monsun menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan sehingga Ahad.
METMalaysia berkata, sementara itu, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada petang sehingga malam di pedalaman dan barat Semenanjung serta selatan Sarawak.
Orang awam turut dinasihatkan untuk sentiasa merujuk lama web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan terkini.
Sumber: Berita Harian