CAMERON HIGHLANDS – Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada jam 11.05 pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat lelaki warga Myanmar itu diserahkan kepada polis untuk urusan selanjutnya.
Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat empat lagi mangsa di kawasan runtuhan masih diteruskan.
Dalam kejadian jam 2.51 pagi tadi, seorang lelaki maut manakala empat lagi dikhuatiri masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Cameron Highlands mengesahkan kesemua lima mangsa merupakan warga Myanmar berusia antara 25 hingga 56 tahun.
Sumber: Sinar Harian