fbpx

Wanita Indonesia maut, ditemui berlumuran darah tepi tangga

PETALING JAYA: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui maut dalam keadaan berlumuran darah di tepi tangga tingkat lima, Desa Mentari di sini pada Isnin.

Difahamkan, terdapat beberapa kesan kecederaan di badan mangsa berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, sepasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor tiba di lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk kenal pasti kesan kecederaan yang dialami mangsa.

“Kita meminta sesiapa yang menyaksikan kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kita juga akan membuat pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) bagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata, usaha mengesan pelaku masih dijalankan.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts