fbpx

Pukul bayi, pengasuh direman tujuh hari

Seremban: Pengasuh pusat jagaan kanak-kanak direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penderaan bayi berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya 5 Februari lalu.

Bayi perempuan itu dikatakan cedera pada mata dipercayai dipukul pengasuh wanita berusia 66 tahun di pusat asuhan terbabit yang terletak di Nilai.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban pagi ini.

“Mahkamah membenarkan reman sehingga 14 Februari bagi melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Malik berkata, siasatan mendapati pusat asuhan itu beroperasi kira-kira 20 tahun dan mendapat kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan.

“Semakan juga mendapati pengasuh ini tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah,” katanya.

Media semalam melaporkan polis menahan pengasuh wanita warga emas, disyaki mendera bayi perempuan berusia 11 bulan ketika dalam jagaannya pada 5 Februari lalu.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts