fbpx

…mustahil boleh tawar upah haji serendah RM3,500

A Muslim pilgrim casts stones at a pillar symbolizing Satan during the annual Haj pilgrimage, amid the coronavirus disease (COVID-19) pandemic, in Mina, near the holy city of Mecca, Saudi Arabia, July 20, 2021. REUTERS/Ahmed Yosri

KUALA LUMPUR: Masyarakat negara ini terutama kalangan waris si mati yang berhasrat memilih perkhidmatan badal haji perlu menyelidik sehabis mungkin berikutan terlalu banyak penipuan berkaitan pakej dan sangat mustahil ia dapat dilakukan dengan mudah dan murah.

Yang Di-Pertua Persatuan Mahasiswa Malaysia Arab Saudi Cawangan Madinah (PERSADA), Ukail Ahmad Sanif, berkata pakej paling termurah yang ditawarkan pihak Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi tahun lalu sudah mencecah SAR5,000 (RM6,359.87) dan tidak mungkin syarikat boleh menawarkan perkhidmatan di bawah nilai itu.

Katanya, kos itu paling terendah berbanding pilihan tiga pakej lain berikutan mereka yang memilih kategori itu tidak mempunyai tempat atau khemah untuk berehat ketika berada di Mina.

“Pakej itu membuatkan mereka tiada penempatan untuk Tarwiyah dan sepanjang tempoh Tashree berikutan penginapan dihadkan kepada bangunan berlesen yang terletak di luar Mina.

“Jadi pakej haji dengan anggaran kos itu memang paling murah, namun pilihan mendapatkannya sangat terhad.

Mengikut semakan harga pakej yang ditetapkan setakat tahun lalu, pakej paling mahal berharga SAR11,435 atau RM14,543.98 yang mana ia menyediakan penempatan di enam menara di Mina dan terletak berhampiran untuk ke Jamarat dan jumlah itu belum ditambah cukai tambah nilai (VAT).

Pakej keduanya ditawarkan pada harga SAR9,214 (RM11,719.13) dan kategori ‘biasa’ ditetapkan pada harga SAR 7,037 (RM8,950.24).

Justeru, pakej paling ekonomi bernilai SAR3,465 (RM4,407.07) yang mana tidak merangkumi penginapan di kem Mina untuk hari-hari Tarwiyah dan Tasyri berikutan bangunan berlesen terletak di luar kawasan berkenaan dihadkan kepada individu membayar pakej lebih mahal.

Mengulas lanjut, Ukail berkata, anggaran bayaran RM6,359.99 itu harga asas dan pakej mengerjakan haji tahun ini belum diumumkan dan lazimnya tidak pernah lagi berkurangan kos.

“Bayaran itu mungkin paling rendah selepas ditambah permit dan cukai.

“Disebabkan kos mengerjakan haji meningkat tahun demi tahun, kebanyakan pelajar berjalan untuk berulang alik dari Makkah ke Arafah.

“Kos pengangkutan musim haji meningkat berpuluh kali ganda daripada kebiasaan dan ia berlaku sekarang daripada perjalanan dari Mudzlifah ke Azziyah yang hanya mengambil masa 10 minit dikenakan bayaran SAR200 atau sekitar RM254.40 membuatkan lebih ramai sanggup berjalan kaki,” katanya.

Justeru katanya, sangat mustahil syarikat dari Malaysia menetapkan badal haji serendah RM3,500 kerana bayaran asas di sini jauh lebih tinggi.

“Jadi masyarakat perlu berhati-hati dalam membayar khidmat badal haji kerana banyak syarikat mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan, orang ramai pula tanpa menyelidik sama ada badal haji itu benar-benar terlaksana atau sebaliknya.

“Pada masa sama, waris diingatkan supaya tidak tertipu dengan harga badal haji terlalu murah kerana kos haji ketika ini kian mahal saban tahun,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts