fbpx

Agong berkenan Solat Jumaat di Masjid Kampung Mahmoodiah Johor Bahru

Johor Bahru: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Mahmoodiah, Johor Bahru, di sini.

Menurut hantaran di Facebook rasmi, Seri Paduka Baginda berangkat tiba jam 1.10 tengah hari dan menunaikan solat bersama lebih 200 orang jemaah.

Solat Jumaat itu dipimpin oleh Imam Besar Negeri Johor Makhadzir Abdan.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani, Pegawai Daerah Johor Bahru Muzaldin Mohamed serta Kadi Besar Negeri Johor Halid Sono.

Selesai solat, Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.Selesai solat, Sultan Ibrahim berkenan beramah mesra dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.

Sumber: Harian Metro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts