fbpx

Google matikan ciri jana imej manusia pada Gemini

GOOGLE mematikan sementara ciri menjana imej manusia menggunakan Gemini berikutan rungutan yang diberikan oleh pengguna.

Antara isu yang diutarakan ialah imej yang dijana tidak menepati sejarah dan didakwa menyentuh isu perkauman.

Berdasarkan perkongsian yang dikongsi di media sosial, Gemini menjana imej bangsa Viking tetapi berkulit hitam yang berjauhan dengan realiti sebenar.

Gemini masih boleh menjana imej selain manusia. Pada ketika ini Google sedang melakukan perubahan pada Gemini bagi menyelesaikan isu ini. Mereka tidak pula berkongsi bilakah ciri menjana imej akan dikembalikan.

Sejak dari awal pengenalan AI generatif yang menjana imej lagi pelbagai isu mengenai penggunaannya timbul.

Di Malaysia tindakan agensi kerajaan menggunakannya untuk menghasilkan gambar serta video sempena Tahun Baru Cina menerima kritikan hebat penggiat seni kreatif.

Pada masa sama, semalam, wujud surat terbuka yang menggesa kerajaan dunia mengawal penggunaan AI generatif yang boleh mendatangkan impak negatif kepada masyarakat yang telah ditandatangani ratusan ahli akademik, aktivis dan pakar.

Sumber: Astro Awani

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews