PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar di negara ini, dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Bagi menjayakan inisiatif itu, KPM dalam kenyataannya, memaklumkan sekolah-sekolah di Semenanjung diseru melanggan akhbar Berita Harian, Utusan Malaysia dan Sinar Harian yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.
“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah menggunakan peruntukan sedia ada,” menurut kenyataan itu.
KPM memaklumkan inisiatif itu dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.
Sumber: Berita Harian