fbpx

Homestay Terbaik di Setiu

Kalau nak cerita pasal penginapan best kat Terengganu, memang tak boleh lupa pasal Katsetiu Villas ni. Tempat ni memang luar biasa, terutamanya kalau korang suka pantai, nak feel mewah sikit dan ada tempat-tempat yg menarik untuk photoshoot atau OOTD. Memang pilihan terbaik antara homestay lain di Setiu, Terengganu seperti Hannan Homestay, Bella Homestay, Villa Bari Loft dan Homestay Santai Desa.

Sampai je kat Pantai Bari, Setiu, mata akan terus terpaku kat vila-vila Katsetiu. Terletak mengadap ke Pulau Redang, memang tak payah cakap la, pemandangan dia memang cantik gila. Struktur vila dia simple tapi elegan, dengan reka bentuk konkrit segi empat yang menyatu dengan alam sekitar. Tapi yang paling best, hiasan dalamannya gabungan menarik antara tradisi dan moden.

Masuk je dalam vila, terus rasa macam duduk kat istana. Hiasan ala-ala tradisional Terengganu dengan panel kayu cantik dan corak batik yang menarik, tapi tetap ada sentuhan moden. Ruang tamunya luas gila, dengan perabot yang mewah. Tapi yang paling best, kat luar vila ada pemandangan yang mengadap laut. Memang tak leh lawan la, relax sambil tengok laut biru. Memang port ‘healing’.

Tapi yang buat Katsetiu Villas ni betul-betul istimewa adalah layanan dia. Staf di sini memang super friendly, buat kita rasa macam keluarga sendiri. Dorang sedia membantu dengan senyuman, dari urusan tempahan aktiviti sampai masakkan hidangan yang sedap-sedap.

Kalau cerita pasal aktiviti, banyak gila pilihan kat sini. Kalau korang nak relax-relax, boleh sewa basikal untuk bersiar- siar, atau mandi laut. Kalau adventurous sikit, bolehlah pergi snorkeling atau diving kat Pulau Redang yang cantik gila atau pun sewa bot untuk ‘Island hopping’.

Tak lupa juga pasal makanan. Katsetiu Villas ada hidangan masakan tempatan yang memang sedap. Setiap hidangan tu disediakan dengan cita rasa Terengganu, tapi dengan sentuhan moden. Tak lupa juga, ada disediakan kemudahan untuk BBQ.

Jadi, kalau korang nak pengalaman homestay terbaik kat Terengganu, cuba Katsetiu Villas ni. Memang takkan menyesal punya. Aku recommend gila tempat ni, so jangan tunggu lama-lama. Plan trip korang sekarang jugak!

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts