fbpx

Orang ramai perlu berwaspada, individu menyamar pegawai SKMM

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta orang ramai untuk berwaspada dengan panggilan individu tidak dikenali yang menyamar sebagai pegawai institusi tersebut.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak menggunakan nama individu, nombor telefon bimbit persendirian mahupun penggunaan bahasa yang meragukan.

Menurutnya, sebarang pengumuman atau pemakluman mengenai urusan berkaitan dengan SKMM lazimnya dilaksanakan mengikut saluran rasmi seperti e-mel, laman sesawang ataupun menerusi platform media sosial.

“Tambahan pula, pihak berkuasa termasuk SKMM tidak akan meminta butiran dan maklumat peribadi individu.

Tambah kenyataan itu, modus operandi panggilan yang diterima bermatlamat memperdaya mangsa bagi tujuan tertentu.

“Pemanggil memperkenalkan dirinya sebagai pegawai SKMM dan memaklumkan bahawa nombor telefon mangsa telah terbabit dalam kegiatan jenayah.

“Namun, sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam,” ujarnya.



Sumber: Sinar Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts