fbpx

Hampir 100 jam padam kebakaran sampah

ANGGOTA bomba memadam kebakaran di kawasan pusat pelupusan sampah daerah Besut di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Besut: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut mengambil masa hampir 100 jam untuk memadam kebakaran di kawasan pusat pelupusan sampah di Kampung Paya Rawa, di sini, hari ini.

Difahamkan kebakaran itu dipercayai berlaku sejak Jumaat lalu merebak daripada satu hektar kepada 1.9 hektar dalam tempoh beberapa hari.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, operasi pemadaman bermula sejak 8 pagi sehingga 8 malam dan pemantauan berterusan dilakukan pada waktu malam.

“Operasi memadamkan kebakaran membabitkan 25 kekuatan anggota dan pegawai bomba dibantu pihak syarikat projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta Majlis Daerah Besut (MDB),” katanya ditemui di Pusat pelupusan sampah daerah Besut di Kampung Paya, di sini, hari ini.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts