fbpx

PDRM aktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas

RAMLI (kanan) ketika sidang media khas.

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan Pusat Sehenti Jemaah Haji Terkandas di Ibu Pejabat Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pusat sehenti berkenaan sudah memulakan operasi 8 pagi ini dan akan tamat pada 12 tengah malam, 21 Jun depan.

Beliau berkata, 40 pegawai dan anggota daripada pasukan khas ditugaskan selama 11 hari bagi membantu kes jemaah haji terkandas.

Katanya, pasukan turut mendapat kerjasama Lembaga Tabung Haji dan Kementerian Pelancongan.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts