fbpx

Penunggang maut, pembonceng separa kritikal motosikal langgar kereta

MOTOSIKAL dan kereta yang terbabit kemalangan dekat Jalan Persiaran Ilmu, Nilai. - FOTO Ihsan Polis

Nilai: Penunggang motosikal maut manakala pemandu kereta separa kritikal apabila kenderaan dinaiki masing-masing terbabit kemalangan dekat Jalan Persiaran Ilmu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, nahas kira-kira jam 5 petang itu menyebabkan penunggang motosikal parah pada kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Satu kemalangan maut berlaku di Jalan Persiaran Ilmu, berhadapan Fakulti Perubatan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan motosikal jenis Honda.

“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, ketika kejadian pemandu kereta dipandu seorang wanita berusia 31 tahun dalam perjalanan dari Jalan NSV 1 menghala ke sebuah pusat beli belah di sini,” katanya, hari ini.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts