fbpx

AS pulangkan dana RM721.4 juta berkaitan 1MDB kepada Malaysia

Kuala Lumpur: Amerika Syarikat (AS) memulangkan kira-kira AS$156 juta (RM721.4 juta) kepada kerajaan Malaysia yang juga transaksi keempat dana yang diperoleh semula hasil rampasan aset berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Perkara itu disahkan oleh Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D Kagan dalam pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Jun lalu, dan dana itu sudah dipulangkan susulan petisyen dikemukakan oleh kerajaan serta diluluskan oleh Jabatan Kehakiman AS.

Dalam satu kenyataan, kedutaan itu menyatakan menerusi pindahan dana itu, AS telah mendapatkan dan membantu memperoleh semula serta memulangkan kira-kira AS$1.4 bilion (RM6.6 bilion) dana yang diselewengkan dari Malaysia, setakat ini.

“Kami gembira kerana tranche aset keempat daripada siasatan Jabatan Kehakiman ini dalam proses dipulangkan kepada Malaysia.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts