fbpx

Dua jalan di Persiaran Kerjaya Subang ditutup selang seli bermula esok hingga 30 November

Dua jalan di Persiaran Kerjaya Subang ditutup selang seli bermula esok hingga 30 November

KUALA LUMPUR: Dua jalan di Persiaran Kerjaya, dekat Subang akan ditutup secara berselang-seli, bermula esok sehingga 30 November ini, bagi melaksanakan kerja berkaitan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3).

Setia Utama LRT3 Sdn Bhd selaku kontraktor projek berkenaan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan jalan terbabit dilakukan pada jam 10 malam hingga 5 pagi dalam tempoh berkenaan.

Semasa penutupan jalan terbabit, pengguna dari Lebuhraya Guthrie dan Jalan Subang (arah Subang) menghala ke Subang akan dilencongkan ke Jalan Kontraktor U1/14, Jalan Majistret U1/26, Jalan Hakim U1/24 sebelum kembali ke Persiaran Kerjaya.

Bagaimanapun, kedua-dua laluan itu akan dibuka untuk pengguna jalan raya pada waktu siang.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts