fbpx

Ferrari Tidak Lagi Menawarkan Sistem Navigasi GPS Dalam Kenderaan

Sistem navigasi GPS mula digunakan dalam kenderaan sejak 1990 dengan Mazda Eunos Cosmo  ialah yang pertama dilengkapi sistem ini. Kini penggunaan aplikasi GPS sangat meluas dan digunakan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya dalam perjalanan ke destinasi.

Kepada mereka yang ingin membeli kereta Ferrari, syarikat dari Itali tidak lagi menawarkan sistem GPS terbina pada sistem infohibur kenderaan mereka.

Menurut laporan Motor1, keputusan diambil kerana Ferrari menyedari aplikasi GPS pada telefon adalah lebih baik berbanding sistem GPS yang ditawarkan dalam kenderaan. Majoriti pemilik lebih gemar menggunakan aplikasi GPS pada telefon berbanding sistem terbina.

Malahan aplikasi telefon pintar lebih kerap dikemaskini berbanding GPS dalam kenderaan.

Degan Ferrari sudah memulakan langkah, mungkin ia akan menjadi ikutan pengeluar lain.

Kami hari mengakui lebih gemar menggunakan Waze pada telefon pintar berbanding sistem GPS dalam kenderaan kerana ia lebih pantas, tepat dan memberikan maklumat yang lebih tepat.



Sumber: Amanz Network, Motor1

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts