fbpx

7 rumah setinggan di Jalan Pudu terbakar, 3 kereta, 3 motosikal musnah

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berusaha memadamkan kebakaran di Pudu hari ini.

KUALA LUMPUR: Tujuh rumah setinggan di Jalan Pudu di sini, dilaporkan terbakar malam tadi dengan enam daripadanya musnah seratus peratus.

Kebakaran turut memusnahkan tiga kereta dan tiga motosikal selain memusnahkan tingkat atas sebuah rumah kedai dua tingkat yang terletak berhampiran.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kebakaran itu pada jam 8.04 malam.

Seterusnya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Jalan Tun Razak, BBP Cheras, BBP Jalan Hang Tuah dan Pasukan Bomba Sukarela Desa Petaling digerakkan ke lokasi untuk operasi memadam kebakaran.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts