fbpx

Fredo Flybaits selamat jalani pembedahan jantung

Keadaan Fredo ketika jalani rawatan di hospital.

Kuala Lumpur: Penyanyi popular era 1970-an, Fredo Flybaits selamat menjalani pembedahan jantung (Aorta) di sebuah hospital di Singapura, Jumaat lalu.

Isterinya, Suzlynna Mustapha berkata, pembedahan berjalan lancar dan keadaannya juga stabil berdepan dengan pembedahan terbabit.

“Alhamdulillah… Allah berikan kekuatan kepada Abang Fredo untuk pembedahan ini. Keadaannya stabil tetapi kritikal untuk 48 jam berikutnya.

“Doktor menasihatkan saya supaya tidak menerima pelawat selama 48 jam seterusnya bagi mengurangkan risiko komplikasi.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts