fbpx

4 maut helikopter terhempas di Russia

Foto hiasan - REUTERS

VLADIVOSTOK: Seorang juruterbang dan tiga penumpang terbunuh selepas helikopter Robinson R-66 dinaiki mereka terhempas dekat wilayah Amur di timur Russia.

Kemalangan itu dilapor agensi berita Xinhua yang memetik laporan media tempatan hari ini.

“Helikopter itu berlepas semalam dari Zeya ke daerah Tynda. Komunikasi dengannya terputus. Hari ini penyelamat menemui helikopter dan keempat-keempat orang di dalamnya mati,” lapor agensi berita TASS yang memetik Pusat Perlindungan Awam dan Keselamatan Kebakaran Amur. 


Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts