fbpx

Rosmah nafi barangan mewah dibeli hasil aktiviti haram

Foto dirakamkan 4 Julai 2024 menunjukkan Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Mahkamah Tinggi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.

Rosmah yang menjawab pernyataan tuntutan saman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya, berkata Mahkamah Tinggi pada 14 November 2022, menyatakan dengan jelas barangan berkenaan bukan hasil daripada penggunaan wang haram atau apa-apa pecah amanah.

Mahkamah itu sebelum ini menolak permohonan kerajaan untuk melucut harta bernilai kira-kira RM80 juta didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan barang disita adalah hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan yang disita dari sebuah unit di Pavilion Residence di sini, milik Obyu Holdings Sdn Bhd pada 17 Mei 2018.

Jam tangan itu turut dituntut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, manakala Rosmah menuntut barang kemas dan beg tangan berkenaan.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts