fbpx

MUI Properties jual tanah RM80.8 juta di Port Dickson

Bandar Springhill projek dimajukan oleh anak syarikat MUI Properties.

KUALA LUMPUR: Anak syarikat MUI Properties Bhd, West Synergy Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Antmed Malaysia Sdn Bhd untuk melupuskan tanah seluas 21.45 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson, pada harga RM80.8 juta.

West Synergy ialah anak syarikat milik 60 peratus Peristal Enterprise Sdn Bhd, yang seterusnya merupakan anak syarikat milik penuh MUI Properties.

Pelupusan itu dijangka selesai pada suku keempat 2025, kata MUI Properties dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pelupusan itu bertujuan untuk membangunkan Bandar Springhill, projek perbandaran utama yang dimajukan oleh West Synergy, menjadi hab perubatan terkemuka dengan memanfaatkan kepakaran dan sumber Antmed. Kehadiran Antmed boleh menarik pelaburan lain yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan, mewujudkan ekosistem yang teguh.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts