fbpx

Curi motosikal, palsukan geran sebelum jual di media sosial

JOHOR BAHRU: Dua lelaki ditahan polis selepas dipercayai mencuri motosikal di bandar raya ini, sebelum menjualnya semula di media sosial dengan harga lebih rendah berbanding pasaran.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata suspek ditangkap dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat mangsa, lelaki tempatan berumur 35 tahun jam 11.56 pagi kelmarin.

Katanya, mangsa melaporkan kehilangan motosikalnya yang disyaki dicuri selepas diletakkan di parkir sebuah bangunan di bandar raya ini.

“Jam 10.20 malam hari sama hingga 1.50 pagi semalam, sepasukan anggota D4 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS membuat serbuan di tiga lokasi berasingan termasuk di Larkin dan Pekan Nanas, Pontian.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts