fbpx

Aktiviti Anti-Federalisme Yang Melampau Menyebabkan Polis siasat isu video Jalur Gemilang diganti bendera Sabah dan Sarawak

Berita Harian semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung penularan video memaparkan Jalur Gemilang diturunkan sebelum diganti dengan bendera Sabah dan Sarawak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata hasil siasatan awal mendapati insiden itu berlaku di Melbourne, Australia, 16 September lalu.

Aktiviti anti-federalisme sememangnya sudah menular di Malaysia.

Terdapat beberapa laman Facebook yang masih aktif dan lantang untuk menyebarkan sentiment kenegerian dengan inspirasi untuk Sarawak dan Sabah untuk keluar dari Malaysia. Aktiviti anti-perpaduan ini perlu ditangani oleh pihak PDRM dan Kementerian Komunikasi sebelum merebak seperti wabak kanser atau COVID, sama seperti kita alami dalam isu ajaran sesat Global Ikhwan (GISBH) baru baru ini.

Mari kita ambil contoh apa yang disebalik gerakan anti-federalisme di Sarawak.

Berdasarkan apa yang ditulis oleh pihak admin di laman Facebook Group Gerakan Pembebasan Sarawak, atau dikenali sebagi Sarawak Liberation Movement (SLM), tujuan laman itu diwujudkan adalah untuk membincangkan topik Sarawak Keluar Malaysia.

Menurut pihak SLM, mereka berkata “Kini sudah tiba masanya untuk rakyat Sarawak membuat keputusan untuk menyelesaikan proses dekolonisasi dan Merdeka sebagai sebuah negara melalui pilihanraya DUN”.

 

 

Pihak SKMM, pihak Kementerian Komunikasi dan PDRM perlu menilai semula keperluan dan implikasi laman-laman Facebook yang terus menular dengan agenda untuk menjatuhkan imej negara dengan aktiviti anti-federalisme yang menular sejak kebelakangan ini.

Pengunaan bendera Republic of Sarawak yang digunakan pada tahun 1870-1946 (sebelum merdeka) dikibarkan secara terbuka di sebuah majlis yang dihadiri oleh ahli-ahli Sarawak Liberation Movement (SLM) baru baru ini.

 

 

Walapun pihak PDRM turut menerima 35 laporan berkait penyebaran video jalur gemilang yang diganti oleh bendera Sabah dan Sarawak, Kementerian Komunikasi perlu bertindak aktif dalam memantau aktiviti aktiviti di laman Facebook yang penuh dengan sentiment anti-federalisme.

 

 

Dalam satu hantaran Facebook oleh Thomas HY Kiew, Gerakan Pembebasan Sarawak (Sarawak Liberation Movement) mendakwa bahawa Malaya adalah pencetus perjanjian antarabangsa MA63, menjajah Sabah dan Sarawak secara haram dan melakukan segala yang mungkin untuk merampas serta memakan sumber pasir.

Di sebalik sentiment anti-federalisme oleh segelintir pihak, pemimpin Sabah dan Sarawak telah menunjukkan komittmen kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim untuk bekerjasama untuk membentuk negara Malaysia sebagai sebuah Persekutuan yang lebih maju, khususnya dari sektor Pembangunan dan usahasama hasil-hasil minyak di kedua-kedua negeri tersebut.

Adakah pihak PDRM dan pihak Kementerian akan terus membisu dalam menangani isu-isu kenegerian dan aktiviti anti-federalisme sebelum ia berakar umbi untuk memecahbelahkan negara kita?

Mari kita tunggu dan lihat langkah seterusnya dalam menjayakan Kerajaan Madani ini.

Sementara itu, Premier Sarawak, Abang Johari telah menyatakan sokongan kuatnya untuk bekerjasama dengan entiti Persekutuan bagi mencapai visi dan kemakmuran bersama. Namun, kumpulan minoriti di Sarawak terus menentang sebarang bentuk rundingan, berdasarkan berita Suara TV yang dilaporkan baru baru ini.

Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Undang-Undang Kerajaan Sarawak, JC Fong, beliau menegaskan bahawa Sabah dan Sarawak telah terlibat dalam rundingan dengan Putrajaya selama bertahun-tahun, dengan banyak isu MA63 (dan tuntutan) yang masih belum diselesaikan.

Beliau menegaskan, “Jangan biarkan rundingan (antara Kerajaan Persekutuan dan negeri) melambatkan kita. Walaupun perbincangan mungkin berterusan, adalah penting untuk meneroka cara-cara untuk menjamin pendapatan negeri dalam kerangka undang-undang yang ada,”

Desakan kuat oleh penasihat undang-undang Sarawak dilihat sebagai bertentangan dengan semangat perpaduan, menggunakan MA63 sebagai alasan untuk menyebarkan kebencian dan menyemarakan api anti-federalisme yang kini menular di Sarawak.

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts