fbpx

“Kita Tak Akan Selamanya Menyanyi..” Ara Johari Buka Kedai Makan Di Kampung Baru

Penyanyi Ara Johari memberitahu bahawa dia kini sedang fokus dengan perusahaan baru iaitu perniagaan kedai makan yang difahamkan akan dibuka pada pertengahan bulan depan bertempat di Kampung Baru.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari, 23, berkata dia sedikit sebanyak terjejas dari segi pendapatan disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Penyanyi lagu Bunga ini turut menjelaskan bahawa restoran yang diusahakan itu memfokuskan kepada menu masakan Negeri Sembilan dan dia sendiri akan mengendalikan lauk-pauk yang dihasilkan agar kualiti kedainya berada di tahap memuaskan hati pelanggan kelak.

Penyanyi Ara Johari memberitahu bahawa dia kini sedang fokus dengan perusahaan baru iaitu perniagaan kedai makan yang difahamkan akan dibuka pada pertengahan bulan depan bertempat di Kampung Baru.

Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari,23, berkata dia sedikit sebanyak terjejas dari segi pendapatan disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini.

Penyanyi lagu Bunga ini turut menjelaskan bahawa restoran yang diusahakan itu memfokuskan kepada menu masakan Negeri Sembilan dan dia sendiri akan mengendalikan lauk-pauk yang dihasilkan agar kualiti kedainya berada di tahap memuaskan hati pelanggan kelak.

Tambahnya lagi, perniagaan itu diusahakannya kerana merasakan dia tidak selamanya akan berada di pentas nyanyian selama-lamanya.

“Kita bukan selamanya akan menyanyi, takut sesuatu yang buruk berlaku pada suara saya. Saya tengok seakrang memang ramai artis terjejas sebab COVID-19. Untuk kelangsungan hidup, saya mesti kena ada back up plan sebab kita tak tahu bila akan zero case. Sebelum jadi lebih teruk, baik saya buka kedai makan untuk menjana pendapatan.”

Dia dalam pada itu berkata, inisiatif membuka perniagaan sendiri itu dilakukan hanyalah untuk kebaikan diri sendiri serta turut mengambil iktibar terhadap kisah-kisah selebriti yang hidup susah apabila menjengah hari tua.

Ara turut menafikan bahawa akan terus berhenti menyanyi apabila membuka perniagaan kedai makan itu kelak dan berkata akan tetap seimbangkan antara kerjaya nyanyian dan bisnes seperti biasa.

Sumber: Beautifulnara

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts