fbpx

Filipina haramkan kemasukan individu dari 19 negara

Manila: Filipina mengharamkan kemasukan individu dari 19 negara, sehingga pertengahan Januari, dalam usaha untuk mengekang penularan varian baharu Covid-19.

Menurut Kementerian Pengangkutan negara itu, perintah berkenaan berkuat kuasa mulai tengah malam 29 Januari sehingga 15 Januari.

Channel News Asia melaporkan larangan itu meliputi rakyat Filipina dan warga asing yang tiba daripada negara dalam senarai berkenaan.

Sebelum ini, Filipina mengharamkan kemasukan pesawat dari United Kingdom (UK) sehingga pertengahan Januari selepas varian baharu Covid-19 dikesan di UK.

Antara 19 negara itu termasuk Perancis, Kanada, Australia, Jerman, Afrika Selatan, Singapura dan Jepun.

Dengan lebih 470,000 kes dan 9,124 kematian, Filipina menjadi negara paling terjejas akibat Covid-19 di Asia Tenggara.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kes membabitkan varian baharu Covid-19 dilaporkan di Filipina.

Sumber: myMetro

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts