fbpx

Teknologi disinfeksi UV bagasi di KLIA

SEPANG: Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) kini dilengkapi dengan teknologi disinfeksi ultraungu (UV) untuk semua bagasi yang tiba sebagai langkah keselamatan terbaharunya membendung COVID-19.

Sistem sinaran UV adalah antara beberapa inisiatif Airport 4.0 yang dipercepat untuk memastikan keselamatan lapangan terbang kekal pada tahap tertinggi.

Mentol UV dipasang di terowong tertutup di dalam sistem pengendalian bagasi (BHS) dan akan disinfeksi bagasi secara automatik ketika melalui sistem konveyor, sekali gus memberi jaminan keselamatan lebih baik kepada penumpang.


Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata teknologi UV digunakan kerana gelombang pendek ultraungu terbukti berkesan menghilangkan pencemaran permukaan seperti bakteria dan mikro bakteria lain.

Beliau berkata, adalah sangat penting bagi pengendali lapangan terbang itu untuk terus berusaha mengekang penyebaran terutama dengan peningkatan pergerakan penumpang baru-baru ini.

“Kami sedang memasang empat terowong UV dan berharap ia dapat mengurangkan risiko jangkitan udara bukan saja untuk penumpang tetapi juga kakitangan yang mengendalikan bagasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Shukrie juga menegaskan, KLIA sedang menjalani kerja menaik taraf BHS bagi membolehkan ia menampung kapasiti yang lebih besar secara cekap sebagai sebahagian daripada kesediaan ketika perjalanan udara kembali normal.

Beliau berkata, terowong disinfeksi UV adalah ciri kekal bagi BHS yang dipertingkatkan secara keseluruhan.

“Penumpang mendapat jaminan keselamatan apabila mengambil beg mereka yang sudah disanitasi dan bersih.

“Meneroka teknologi baharu dan amalan global terkini adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan perjalanan penumpang yang selamat dan lancar,” katanya.

Inisiatif menambah baik penyelenggaraan sistem takal konveyor mengurangkan kemungkinan sebarang kesilapan teknikal BHS sebanyak 28 peratus.

Sumber: BH Online

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts