fbpx

PAIP nafi berita tular takungan Air Kobat akan dilepaskan

KUANTAN: 4 Jan  — Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) menafikan berita tular di media sosial mengenai takungan Air Kobat dari Sungai Lembing yang didakwa hampir penuh dan akan dilepaskan ke Sungai Bukit Rangin, sehingga menyebabkan banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif PAIP Saiful Zaini Mohd Bokhari berkata maklumat itu tidak benar dan dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“PAIP berpandangan berita ini ditularkan semata-mata untuk menimbulkan keresahan orang ramai. Susulan itu, kita ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai kenyataan dikeluarkan oleh sumber yang tidak sahih.

“PAIP menyeru orang ramai agar merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan PAIP sahaja,” katanya dalam kenyataan.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai perkara tersebut yang meminta penduduk di kawasan Sungai Isap Permatang Badak supaya membuat persediaan, kerana takungan Air Kobat hampir penuh dan pada bila-bila masa sahaja pintu gerbang automatik akan dibuka untuk melepaskan air ke Sungai Bukit Rangin.

Sumber: BERNAMA

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts