fbpx

Penganggur rugi ditipu RM18,960

BUTTERWORTH: Seorang penganggur berusia 19 tahun kerugian RM18,960 diperdaya sindiket pinjaman wang tidak wujud.

Lebih malang, wang berkenaan dipinjam daripada ahli keluarga dan kenalannya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata lelaki itu mulanya terlihat iklan pinjaman wang dengan sebuah syarikat berlesen di lawan web baru-baru dan menghubungi syarikat itu.

“Mangsa diminta untuk buat bayaran proses ke dalam nombor akaun bank diberi bagi membolehkannya menerima pinjaman RM 10,000 yang dikatakan sudah lulus.

“Mangsa yang tidak bekerja memperoleh kemudiannya meminjam wang daripada keluarga dan kenalannya bagi membayar yuran proses itu,” katanya.

Noorzainy berkata, dia kemudiannya memasukkan wang bayaran proses pinjaman itu secara berperingkat sehingga jumlah keseluruhan mencapai berjumlah RM18,960 sebelum tampil membuat laporan polis semalam selepas menyedari dirinya ditipu.Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts