fbpx

‘Tak faham, hubungi hotline KKMM’

KUALA LUMPUR: Sektor industri kreatif disaran merujuk kepada garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam meneruskan operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Mengingatkan pemain industri bahawa tindakan segera sedang diambil kerajaan untuk membendung penularan COVID-19, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mahu setiap pihak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Semua sektor boleh mendapatkan maklumat melalui laman sesawang www.kkmm.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-89115351.

“Hotline itu beroperasi dari jam 8 pagi hingga 10 malam,” katanya dalam kenyataan.

Saifuddin berkata, sepanjang PKP di enam negeri terbabit, operasi operasi

organisasi media bagi tujuan produksi program, berita, rencana dan kandungan tempatan untuk penyampaian maklumat, dibenarkan.

“Namun, operasi media yang berbentuk penyiaran lain seperti hiburan tidak dibenarkan.

“Operasi media di negeri yang terbabit dalam PKPB dan PKPP boleh meneruskan perkhidmatan mengikut SOP ditetapkan,” katanya.

Saifuddin berkata, pengamal media yang menjadi petugas barisan hadapan diingatkan mematuhi SOP ketika bekerja bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti daripada ancaman COVID-19.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews