fbpx

Tiga warga asing ‘gelang putih’ ditahan

KOTA TINGGI: Tiga lelaki warga asing memakai gelang putih kuarantin COVID-19 yang keluar rumah tanpa tujuan ditahan di sekitar kawasan rumah kedai di Taman Kota Jaya, di sini, 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata mereka yang ditahan adalah warga Bangladesh dan dua warga India berusia antara 30 hingga 40 tahun.

Katanya, mereka ditahan kerana gagal memakai gelang putih (tag) kuarantin Kementerian Kesihatan (KKM), menutup gelang itu dengan cara memakai baju berlengan panjang dan juga menutupnya dengan jam tangan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, majikan tiga warga asing terbabit juga diambil tindakan kompaun kerana gagal mengawal selia pekerja di bawah pengawasan kuarantin di rumah.

Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts