fbpx

‘Super sub’ Messi penyelamat Barcelona

Foto: BBC

LONDON: Lionel Messi meledak gol hanya tiga minit selepas dibawa masuk dari bangku simpanan untuk membantu Barcelona menang 3-2 ke atas Real Betis dalam aksi sengit La Liga di tempat lawan pagi tadi.

Tuan rumah mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi rembatan jarak dekat Borja Iglesias hasil serangan balas pantas.

Messi yang rehatkan oleh pengurus pasukan, Ronald Koeman dibawa masuk pada minit ke-57 dan berjaya meledak gol penyamaan Barca.

Jaringan sendiri Victor Ruiz meletakkan pasukan pelawat di depan pada minit ke-68, namun dia menebus kesilapan dengan menanduk gol kedua Betis di minit 75.

Begitupun ketika saingan berbaki tiga minit untuk tamat, Trincao meledak gol kemenangan Barcelona.

Kemenangan meletakkan Barcelona di tangga kedua liga, tujuh mata di belakang Atletico Madrid yang memiliki kelebihan dua perlawanan dalam tangan. – AGENSI

Sumber: Utusan Malaysia

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Read more

Related Posts