fbpx

Mori didakwa akan letak jawatan

Presiden Penganjur Olimpik Tokyo 2020, Yoshiro Mori berdepan tekanan kerana kenyataan tidak sepatutnya terhadap wanita. - AFP Foto: The Japan Times

TOKYO: Ketua Olimpik Tokyo, Yoshiro Mori didakwa akan meletak jawatan kerana kenyataan berkaitan jantina yang mencetuskan kemarahan di Jepun dan luar negara menurut satu laporan hari ini.

Beberapa media utama Jepun, yang menggunakan sumber tidak dinyatakan, berkata Mori memberitahu pegawainya dia mahu meletak jawatan dan bercadang mengumumkan perkara berkenaan pada mesyuarat penganjur temasya berkenaan esok.

Mori, 83, berdepan tekanan semakin memuncak selepas dia berkata minggu lalu bahawa wanita “mengalami masalah” bercakap dengan ringkas.

Dia memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan namun terus mencetuskan masalah apabila menegaskan dia mendengar rungutan kerana wanita suka bercakap banyak.

Ahli politik dan bintang sukan segera mengutuk komen berkenaan dengan penaja besar berkata ia bertentangan dengan semangat Olimpik.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa berkata mereka menyifatkan kes berkenaan sudah ditutup namun kemudian menegaskan komen berkenaan “sama sekali tidak sesuai” ketika cemuhan kian bertambah. – AFP


Sumber: Berita Harian

Share:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Read more

Related Posts

Kwiknews